Tuesday, January 4, 2011

hari terakhir

apa ya perasaan orang yang bakal mati di ketika ini???
sedang mengenang nasib , redha, sedih, gembira atau apa sahaja perasaan lain...

"kamu ada masa hanya 6 bulan untuk hidup di dunia ini...."
situasi yang sangat berbeza dengan mereka yang  mati kerana kemalangan atau kejadian alam yang lain....

tapi...
bukankah mati itu satu kepastian??? Kenapa kita tidak menyiapkan diri dari sekarang???
Lambat atau cepat, kita semua akan hadapi... dunia ini hanya sementara... dan untuk tempoh sementara ini kita perlu mencari bekalan untuk ditimbangkan di sana...

andai aku bertanya semua orang di ketika ini... "sanggup mati tak esok???"
aku yakin, aku tak akan bertemu dengan orang yang memberi jawapan dengan amat yakin sekali "aku sanggup!!!" jika wujud sekalipun, aku pasti dia adalah dalam kalangan insan yang sudah kecewa dengan hidupnya...

aku sendiri tak sanggup...
betapa aku banyak dosa yang perlu dihapuskan sebelum aku menghadap Pencipta Yang Maha Esa...
betapa aku hina kerna telah banyak mengabaikan tanggungjawab aku pada Dia...
betapa aku rasa amalan aku terlalu ringan untuk ditimbangkan....
betapa aku tidak bersedia.... sampai bila2 aku tak rasa aku akan bersedia....

tapi.. siapa aku untuk melawan takdir yang telah ditetapkan???
mungkin insan yang akan hidup selama  6 bulan ini adalah manusia yang beruntung...
ya, sebab jarang ada manusia yang akan tahu bila ajalnya akan tiba...
berbanding dengan mereka yang mati sebab kemalangan...
langsung tidak diberi peluang untuk menambah amalan atau bertaubat menyesali dosa2 lalu....

Allah...
tetapkan kami dalam kalangan insan2 yang beriman di sana... ameen....

1 comment: