Thursday, January 6, 2011

dahulu tak pernah sama dengan sekarang

*indahnya ciptaan Dia*
terasa bersendirian...
rasa waktu yang berlalu langsung tak diisi dengan aktiviti yang berfaedah... sejak melangkah kaki ke varsiti ni langsung meninggalkan aktiviti2 yang ilmiah... contohnya, tadarus, usrah, tazkirah & sebagainya....

solat berjemaah pun boleh dikira dengan jari... apatah lagi turun ke surau untuk jemaah bersama2... itu pun kalau awal2 ramadhan ada la turun... tengah2 bulan puasa memang solat sendiri kat bilik.... hmmm....

menyingkap kembali memori di sekolah (sma & smka)
betapa bezanya perjalanan hidupku di sana & di sini....
betul la kata seorang ustazah di sekolah dulu ... "nanti bila dah masuk u, aktiviti usrah, tazkirah macam ni kena cari sendiri... kalau kat sekolah semua dah tersedia."

sekarang baru la percaya kata2 tu.... *sedih*
rasa macam lalai sangat sekarang....

tadi borak dengan kawan...
"Deeya buat apa esok?"
"Esok ada usrah."
termenung sejenak dan terfikir, lama sungguh aku tak ikut program usrah.... 

Rindu suasana di sekolah asrama dahulu....
teringat masa jadi naqibah untuk adik2... bagi tazkirah untuk adik2 form 1 dulu... *tersenyum sendiri*
yang masih ingat masa ceritakan kat diorang tentang suasana hari kiamat... kisah dajjal yang datang untuk menyesatkan umat Islam...
banyak soalan diorang.... sampai rasa tak terlayan.... (^_^)

oh, lupa pula... dulu, setiap pagi dan petang (lepas subuh & asar) wajib baca al-ma'thurat.... alahai, sungguh la beza dengan sekarang.... sekarang rasanya dah berminggu2 tak baca al-ma'thurat... (mungkin perlu diletakkan dalam senarai azam baru tahun ini untuk membaca al-ma'thurat setiap hari)

apatah lagi...
bangun tengah2 malam untuk lakukan qiamullail... hmmm....

cuma alhamdulillah...
lepas maghrib aku tak pernah tinggal baca al-Quran... walaupun sehari bacaanku tak berhelai2 seperti membaca novel.... tapi itu dikira okey juga la dari langsung aku tak buka dan baca al-Quran...
dan aku juga suka baca tafsir al-Quran (ini aku mewarisi sifat mak yang suka baca tafsir)... alhamdulillah... syukur... sekurang2nya ada juga pengisian.... (^_^)

bukankah wujudnya kata2 seperti ini...
"semoga esok adalah lebih baik dari hari ini dan yang lepas"

tapi kata2 seperti ini macam sangat susah nak dipraktikkan... kenapa ya??? mungkin kurangnya penghayatan bila melakukan sesuatu perkara....

dan...
mungkin juga dengan sebab aku kurangnya ambil perhatian sebegini menyebabkan aku rasa lemah sangat bila diuji... sepertinya aku langsung jadi manusia yang tak pandai nak kawal diri bila diuji....

Allah....
banyaknya perkara yang perlu aku perbaiki diri ini....

No comments:

Post a Comment