Monday, February 28, 2011

china sedang panggil...

bismillah....
mungkin ini post yg terakhir sebelum aku berangkat ke china...
katanya di China, blog, facebook dan YM akan disekat....
haisy....
semoga urusanku dipermudahkan di sana....
tapi mungkin buat masa ini aku tidak kisah untuk hidup susah...
ia merupakan satu pengalaman yg menarik untuk aku....

walau apa pun, aku agak tidak sabar untuk menjejakkan kaki sana....
China....... I'm coming!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

bila Allah tarik nikmat sihat....

ketika aku sedang menaip bait-bait kata di sini... kepalaku sakit seperti mahu pecah.... kalau ikut otak yang kurang waras, rasanya sudah lama ku hentak-hentakkan kepala ini di dinding.. mujur aku masih waras... bila migrain menyerang, baru lah terasa nikmatnya hidup  sihat....

Allah....

Monday, February 7, 2011

ketidakpastian

Bismillah.........
Tiba-tiba aku rajin ingin mencoretkan sesuatu di sini. Mungkin tadi bila my adik tanya "akak tengah update blog eh?"  aku jadi rindu untuk menulis sesuatu di sini... Terus aku datang melawat ke sini. 

Kenapa ye sekarang ini banyak perkara yang berubah dalam hidup aku. Kalau dulu, aku sangat suka berkongsi kisah hidup aku di blog. Pernah aku katakan di blog lama aku dahulu, sebab utama aku menulis di blog adalah aku mahu menyimpan sejarah hidup aku untuk dikongsi bersama bakal anak-anak aku yang akan datang. Bunyi macam kelakar, tapi itu lah hakikatnya. Tapi sekarang banyak perkara yang berlalu begitu sahaja tanpa aku sudi untuk berkongsi di sini.

Aku tak pasti sama ada aku sedang berpura-pura di sini. Mencatat sesuatu tentang diri sendiri. Beza sungguh sifat aku sampaikan kadang-kadang aku sendiri keliru hakikat sebenar watak aku di dunia. Beza antara 'Bismillah' dan 'Bukan Puteri Lindungan Bulan'... Beza antara 'Cik Tulip II @ Addin Shah' dan 'Cik Tulip Lindungan Bulan'.... 

Entah la... aku malas mahu fikir... biar aku jalani hidup ini dengan terus memandang ke hadapan. Letih rasanya mahu dikenang benda yang lepas... Hebat benar ujian yang aku hadapi kali ini sampai berubah drastik sebegini? Yup, ujian kali ini terlalu berat. Tapi aku sudah boleh bangun kembali. Bangun untuk jalani hidup dengan lebih bermotivasi. Insyaallah... 

Hai, kalau difikirkan semula, apa lah sangat ujian yang Allah turunkan untuk aku berbanding insan lain yang lebih hebat ujian mereka. Itu pun aku sudah mengeluh, menangis berhari-hari, menjadi seorang pemurung... Aku akui, aku insan yang sangat lemah. Lemah sekali bila diuji. 

haisy..... 
mari jalani hidup dengan bahagia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sebenarnya aku mahu tulis tentang lain, tapi benda lain pula yang dikarang... hmmmm....