Monday, February 28, 2011

china sedang panggil...

bismillah....
mungkin ini post yg terakhir sebelum aku berangkat ke china...
katanya di China, blog, facebook dan YM akan disekat....
haisy....
semoga urusanku dipermudahkan di sana....
tapi mungkin buat masa ini aku tidak kisah untuk hidup susah...
ia merupakan satu pengalaman yg menarik untuk aku....

walau apa pun, aku agak tidak sabar untuk menjejakkan kaki sana....
China....... I'm coming!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

bila Allah tarik nikmat sihat....

ketika aku sedang menaip bait-bait kata di sini... kepalaku sakit seperti mahu pecah.... kalau ikut otak yang kurang waras, rasanya sudah lama ku hentak-hentakkan kepala ini di dinding.. mujur aku masih waras... bila migrain menyerang, baru lah terasa nikmatnya hidup  sihat....

Allah....

Monday, February 7, 2011

ketidakpastian

Bismillah.........
Tiba-tiba aku rajin ingin mencoretkan sesuatu di sini. Mungkin tadi bila my adik tanya "akak tengah update blog eh?"  aku jadi rindu untuk menulis sesuatu di sini... Terus aku datang melawat ke sini. 

Kenapa ye sekarang ini banyak perkara yang berubah dalam hidup aku. Kalau dulu, aku sangat suka berkongsi kisah hidup aku di blog. Pernah aku katakan di blog lama aku dahulu, sebab utama aku menulis di blog adalah aku mahu menyimpan sejarah hidup aku untuk dikongsi bersama bakal anak-anak aku yang akan datang. Bunyi macam kelakar, tapi itu lah hakikatnya. Tapi sekarang banyak perkara yang berlalu begitu sahaja tanpa aku sudi untuk berkongsi di sini.

Aku tak pasti sama ada aku sedang berpura-pura di sini. Mencatat sesuatu tentang diri sendiri. Beza sungguh sifat aku sampaikan kadang-kadang aku sendiri keliru hakikat sebenar watak aku di dunia. Beza antara 'Bismillah' dan 'Bukan Puteri Lindungan Bulan'... Beza antara 'Cik Tulip II @ Addin Shah' dan 'Cik Tulip Lindungan Bulan'.... 

Entah la... aku malas mahu fikir... biar aku jalani hidup ini dengan terus memandang ke hadapan. Letih rasanya mahu dikenang benda yang lepas... Hebat benar ujian yang aku hadapi kali ini sampai berubah drastik sebegini? Yup, ujian kali ini terlalu berat. Tapi aku sudah boleh bangun kembali. Bangun untuk jalani hidup dengan lebih bermotivasi. Insyaallah... 

Hai, kalau difikirkan semula, apa lah sangat ujian yang Allah turunkan untuk aku berbanding insan lain yang lebih hebat ujian mereka. Itu pun aku sudah mengeluh, menangis berhari-hari, menjadi seorang pemurung... Aku akui, aku insan yang sangat lemah. Lemah sekali bila diuji. 

haisy..... 
mari jalani hidup dengan bahagia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sebenarnya aku mahu tulis tentang lain, tapi benda lain pula yang dikarang... hmmmm.... 


Thursday, January 13, 2011

bertambah baik....

berlari dgn riang ye sayang!!!
alhamdulillah.... rasanya kehidupan sekarang bertambah baik... bertambah senyuman terukir... walaupun aku sangat busy menyiapkan segala bagai tugasan yang diberikan pensyarah...

sebenarnya sangat seronok bila kita dalam keadaan sibuk... sebabnya tak ada la sangat nak layan perasaan... feeling2 ni... hilang semua perasaan sedih2 ni....

dan sepatutnya...
semua orang boleh hidup dalam keadaan gembira...
Don't be sad!!!!!
perjalanan hidup masih panjang, walaupun akan berakhir...
tapi selagi kita tak tahu bila ia akan berakhir, selagi itu kita perlu teruskan hidup dengan hati yang senang....
kan3... (^_^)

Sebab aku sentiasa pegang kata2 ini....
Allah sentiasa bersamaku... tak kira dalam keadaan apa sekalipun...

Thanks Allah... *syukur*

Wednesday, January 12, 2011

Berhenti mengharap... tapi bukan dari DIA

perasaan aku... hati aku... jiwa aku...
aku ingin nikmati keindahan dunia ni dengan gembira...
Allah... aku sentiasa perlukan-Mu untuk aku jadi insan kuat
dalam mengharungi hidup ini...

Aku ingin gembira kerana-Mu...
Aku ingin menangis kerana-Mu...
Aku ingin sihat kerana-Mu...
Aku ingin sakit kerana-Mu..
Aku ingin lakukan semua kerana-Mu...

Tuhan...
Berikan ku secebis kebahagiaan dalam mengharungi saki-baki hidup ini yang ku sendiri tidak pasti di mana hujungnya...

Tuesday, January 11, 2011

hati....

gambar dicuri dr fb org.. hehe...
Dalam hidup ini, setiap orang mencari kepuasan diri masing-masing. Sampai kadang-kadang ada individu yang sanggup ketepikan kepentingan orang lain. Dan sampai kadang-kadang tidak sedar telah melukai perasaan insan di sisi.

Mungkin sebab...
hidup ini hanya sementara. Jadi, semua orang mahu lakukan apa yang termampu dalam hidup ini selagi masih bernyawa.

Terfikir...
Adakah satu kepuasan bila dapat melakukan sesuatu yang memang ingin dilakukan hingga sanggup mengguris perasaan orang lain.

Entah la...
Mungkin aku sendiri yang cepat tersentuh.

Atau...
Orang lain tiada bermaksud apa-apa, tapi aku yang terlebih sensitif.

Aku selalu terfikir...
Jika dalm hidup ini kita boleh baca isi hati & perasaan orang di sekeliling kita, adakah kehidupan ini akan lebih mudah atau lebih rumit.....

Ah, banyak sangat persoalan yang aku fikirkan...
biar la...

tapi... kalau ditanya apa yang mahu aku lakukan...
aku sangat2 teringin nak tahu perasaan 'sebenar-benar' mereka yang akan mati....
pelik, tapi itulah yang aku rasa!

Saturday, January 8, 2011

rindu mak

rindu masakan mak...
rindu nak dengar nasihat mak...
rindu nak dengar mak membebel sebab bangun lambat... lambat2 solat...
rindu nak sembang2 dengan mak dalam bilik....
rindu nak duduk semeja makan dengan mak....
rindu nak cium tangan & pipi mak....
rindu nak solat jemaah dengan mak....
rindu segala-galanya pasal mak....
mak....
adik rindu mak.... rindu sangat2 kat mak....

Thursday, January 6, 2011

saya suka baca buku...

masa yang terluang patut diisi dengan sesuatu yang berfaedah... aku terfikir yang aku sangat kurang ikut program2 ilmiah... so, aku ambil alternatif untuk mengisi sesuatu yang bermanfaat dengan membaca...

dari kecil, aku memang sangat suka membaca... bahan bacaan aku pelbagai... tak terhad pada satu benda sahaja... aku suka baca buku, novel, jurnal, tesis, majalah, surat khabar, blog, laman web yang best2... semua aku baca... rasanya dalam 4 orang adik beradik aku, aku paling banyak koleksi buku dan tak ada siapa kat rumah tu yang dapat tandingi minat membaca aku ini....

sebenarnya nak cakap... tadi pergi book fair di DTC UM... terkilan rasa sebab tak boleh nak beli buku banyak2... sebab sekarang memang sangat miskin.. kalau tengah banyak duit, rasanya aku borong banyak2 buku kat sana.... tapi walaupun tak ada duit, sempat juga rembat 2 buah buku... okey la, dari tak beli langsung....

bulan 3 ni pun ada book fair... tapi tak dapat pergi... sebab masa tu ada kat china.....
hmmmm.....

dahulu tak pernah sama dengan sekarang

*indahnya ciptaan Dia*
terasa bersendirian...
rasa waktu yang berlalu langsung tak diisi dengan aktiviti yang berfaedah... sejak melangkah kaki ke varsiti ni langsung meninggalkan aktiviti2 yang ilmiah... contohnya, tadarus, usrah, tazkirah & sebagainya....

solat berjemaah pun boleh dikira dengan jari... apatah lagi turun ke surau untuk jemaah bersama2... itu pun kalau awal2 ramadhan ada la turun... tengah2 bulan puasa memang solat sendiri kat bilik.... hmmm....

menyingkap kembali memori di sekolah (sma & smka)
betapa bezanya perjalanan hidupku di sana & di sini....
betul la kata seorang ustazah di sekolah dulu ... "nanti bila dah masuk u, aktiviti usrah, tazkirah macam ni kena cari sendiri... kalau kat sekolah semua dah tersedia."

sekarang baru la percaya kata2 tu.... *sedih*
rasa macam lalai sangat sekarang....

tadi borak dengan kawan...
"Deeya buat apa esok?"
"Esok ada usrah."
termenung sejenak dan terfikir, lama sungguh aku tak ikut program usrah.... 

Rindu suasana di sekolah asrama dahulu....
teringat masa jadi naqibah untuk adik2... bagi tazkirah untuk adik2 form 1 dulu... *tersenyum sendiri*
yang masih ingat masa ceritakan kat diorang tentang suasana hari kiamat... kisah dajjal yang datang untuk menyesatkan umat Islam...
banyak soalan diorang.... sampai rasa tak terlayan.... (^_^)

oh, lupa pula... dulu, setiap pagi dan petang (lepas subuh & asar) wajib baca al-ma'thurat.... alahai, sungguh la beza dengan sekarang.... sekarang rasanya dah berminggu2 tak baca al-ma'thurat... (mungkin perlu diletakkan dalam senarai azam baru tahun ini untuk membaca al-ma'thurat setiap hari)

apatah lagi...
bangun tengah2 malam untuk lakukan qiamullail... hmmm....

cuma alhamdulillah...
lepas maghrib aku tak pernah tinggal baca al-Quran... walaupun sehari bacaanku tak berhelai2 seperti membaca novel.... tapi itu dikira okey juga la dari langsung aku tak buka dan baca al-Quran...
dan aku juga suka baca tafsir al-Quran (ini aku mewarisi sifat mak yang suka baca tafsir)... alhamdulillah... syukur... sekurang2nya ada juga pengisian.... (^_^)

bukankah wujudnya kata2 seperti ini...
"semoga esok adalah lebih baik dari hari ini dan yang lepas"

tapi kata2 seperti ini macam sangat susah nak dipraktikkan... kenapa ya??? mungkin kurangnya penghayatan bila melakukan sesuatu perkara....

dan...
mungkin juga dengan sebab aku kurangnya ambil perhatian sebegini menyebabkan aku rasa lemah sangat bila diuji... sepertinya aku langsung jadi manusia yang tak pandai nak kawal diri bila diuji....

Allah....
banyaknya perkara yang perlu aku perbaiki diri ini....

Tuesday, January 4, 2011

hari terakhir

apa ya perasaan orang yang bakal mati di ketika ini???
sedang mengenang nasib , redha, sedih, gembira atau apa sahaja perasaan lain...

"kamu ada masa hanya 6 bulan untuk hidup di dunia ini...."
situasi yang sangat berbeza dengan mereka yang  mati kerana kemalangan atau kejadian alam yang lain....

tapi...
bukankah mati itu satu kepastian??? Kenapa kita tidak menyiapkan diri dari sekarang???
Lambat atau cepat, kita semua akan hadapi... dunia ini hanya sementara... dan untuk tempoh sementara ini kita perlu mencari bekalan untuk ditimbangkan di sana...

andai aku bertanya semua orang di ketika ini... "sanggup mati tak esok???"
aku yakin, aku tak akan bertemu dengan orang yang memberi jawapan dengan amat yakin sekali "aku sanggup!!!" jika wujud sekalipun, aku pasti dia adalah dalam kalangan insan yang sudah kecewa dengan hidupnya...

aku sendiri tak sanggup...
betapa aku banyak dosa yang perlu dihapuskan sebelum aku menghadap Pencipta Yang Maha Esa...
betapa aku hina kerna telah banyak mengabaikan tanggungjawab aku pada Dia...
betapa aku rasa amalan aku terlalu ringan untuk ditimbangkan....
betapa aku tidak bersedia.... sampai bila2 aku tak rasa aku akan bersedia....

tapi.. siapa aku untuk melawan takdir yang telah ditetapkan???
mungkin insan yang akan hidup selama  6 bulan ini adalah manusia yang beruntung...
ya, sebab jarang ada manusia yang akan tahu bila ajalnya akan tiba...
berbanding dengan mereka yang mati sebab kemalangan...
langsung tidak diberi peluang untuk menambah amalan atau bertaubat menyesali dosa2 lalu....

Allah...
tetapkan kami dalam kalangan insan2 yang beriman di sana... ameen....

bermula untuk skema...

terasa agak susah nak melelapkan mata malam ini...
jam dah pukul 2.11 am... tapi mata langsung tak rasa ingin terlelap... cuma kepala agak sakit....

hari ni hari baru dalam hidup aku... bila aku dah buang jauh2 kisah hidup lama aku....
2hb january 2011 bermula saat jatuhnya aku sampai aku lupa aku diuji oleh Dia...
sampai aku lupa di mana aku harus mengadu saat aku kesakitan....
lemahnya iman hamba-Mu ini Ya Allah.... baru diuji sebegitu kecil, terus rebah tanpa beri peluang pada diri untuk bangun semula....

Ya, aku bangun... tapi bangunnya aku kali ini bukan sebagai aku yang dulu... aku dah tak boleh berbicara dengan riang seperti di blog aku yang lama... aku dah tak boleh ikhlaskan senyum aku....

Pasti syaitan sedang bergembira... bertepuk tangan dengan kejahilan aku ini...  seharusnya aku sedar....

aku yang baru... adalah seorang yang skema... (mungkin... sbb bahasa aku yang dlm ini dgn blog lama sangat berbeza)... entah la, kalau dulu aku benci sesuatu yang skema dlm hidup aku.... tapi sekarang aku akan buat sesuatu yg aku tak suka... kan Allah ada kata tak semua yang kita suka adalah yang terbaik utk kita... mungkin yg kita tak suka ini lah sbnrnya yang terbaik utk kita...

aku rasa... tahun baru kali ini adalah sesuatu yang sangat aneh dlm hidup aku...

terbaca status fb seorg sahabat... tersenyum sendiri.... 
"Apa la pakai ayat skema"
"Sebab dah jadi budak skema"
"Ada ke budak skema"
Senyum. "Ikut skema Allah dan Rasul"
"InsyaAllah" 
...

Pengalaman pertama

sedikit jeles dengan kawan2.... hari ni di fb semua bercerita tentang perasaan masing2 di hari pertama di tempat praktikal.... teringin nak ikut sama berkongsi pengalaman dengan mereka... tapi mungkin belum tiba masanya lagi... walau apa pun sentiasa mendoakan yg terbaik untuk sahabat2... insyaAllah, masa ku akan tiba jua... walaupun agak lambat... ya, harus kata apa lagi...

dan seharusnya....
pengalaman aku mungkin lagi teruk atau baik dari mereka... aku tak tahu... aku sendiri tak dapat nak baca masa depan aku di rantau orang....

sedikit mahu bercerita tentang teman serumah.... pagi2 sudah bangun awal... bersiap ke tempat kerja masing2... cuma aku yang malas mahu bangun... tapi... aku bukan kawan yang kejam... bila terjaga dari tidur terus capai handfon dan wish gud luck utk hari pertama mereka...

Ya, aku bersendirian di rumah... sebab aku masih menunggu bulan 3... lambatnya... bosannye...
Dan aku terus setia menanti sahabat2 pulang ke rumah...

Tepat jam 6.45, cik izni sampai rumah... masuk rumah dah dapat lihat muka tension (menangis mungkin juga boleh dikatakan)... harus menangis kalau kat tempat kerja kena masuk kelas untuk belajar kembali apa yang dah belajar.... (investment)... Dan kata izni, masa kelas investment ni hanya ingat muka lecturer kami, Doc Azian... High Risk, High Return bagai.... (owch, betul la aku belajar utk exam je)... rasanya kalau tanya balik sekarang apa yang aku belajar, apa sangat yang aku ingat... Hmmm....

tak lama kemudian, nani & ainul menyusul... muka 2 org teman ni tak la tension sangat... harus la kalau sampai boleh tidur bagai kat ofis... hari pertama tak ada kerja, kata diorang... nani memang la antara yang paling bahagia sebab dapat bidang yang dia suka... wasiat....

Izzah paling lewat sampai rumah sbb paling jauh... sampai je kat depan pintu rumah terus kata.... "orang dapat bahagian akaun... internasional lak tu..."
kalau aku kat tempat izzah, aku akan menangis sampai minggu depan... sebab aku sangat benci akaun.... masa amik akaun dulu dengan en wahab, aku memang nekad akan fail sbb aku antara yg paling awal keluar dr dewan exam & paling banyak termenung & langsung tak tekan kalkulator... tapi mungkin en wahab tak sekejam yg aku sangka... aku lulus walaupun bukan dengan jayanya.... em, kalau praktikal nanti aku dapat bahagian akaun, aku tak akan teragak2 utk merayu untuk ditukarkan ke bhgn lain... sungguh tak sanggup...

kisah yana lagi tragis... praktikal di YPEIM... tapi dapat bahagian undang-undang... kalau yang ini aku akan menangis sampai bulan depan... siap kena baca & kaji undang2 lama lagi... owch, memang tak sanggup... mau nye pengsan... tak bangun2 dah.. 

dan tadi
masing2 buka buku akaun & investment... refresh balik apa yang pernah belajar... 

dan sekarang tepat 11.39 pm.. mereka berempat sudah masuk tidur.. tinggal aku bersendirian lagi... hmm....
harapnya esok diorang dah tak tension... mungkin hari pertama... agak susah nak biasakan dengan suasana baru...

terfikir... aku nanti macm mana la.............

Monday, January 3, 2011

Permulaan Baru....


Blog baru, kisah baru, permulaan baru... biar la aku mulakan kisah baru seperti 'Indah Hidup' ... mengharapkan kali ini permulaan hidup adalah yang indah-indah belaka... tapi apa pun aku still sayang blog lama aku dulu... walaupun aku dah tak akan update di sana, tapi aku tak boleh buang dia... sebab itu tetap kisah hidup aku (sama ada manis atau pahit)...

banyak yang menarik hari ini... ya, walaupun bukan aku sendiri yang alaminya, tapi aku still gembira untuk mereka.. gembira mendengar cerita kawan-kawan di hari pertama mereka di tempat kerja masing2... ada yang bosan sampai tertidur... ada yang tension sampai menangis... masing2 dengan haluan sendiri... mungkin ini petanda awal untuk kami bawa diri sendiri selepas hari graduate nanti... tapi mohon persahabatan ini kekal selamanya...

aku sendiri dah merangka haluan hidup aku selepas berakhirnya hari2 terakhir aku di UM ni... apa yang aku mahu lakukan biar la ia tersimpan kukuh di  hati ku sebab aku tak pasti lagi apa yang akan terjadi untuk hari2 yang akan datang.... kita hanya merancang Allah jua yang akan tentukan....(^_^)

Oh, tapi sebelum tu... aku akan menjalani latihan praktikal di China bulan 3 ni... Lambat lagi, tapi bukan bermaksud aku perlu hidup bersuka-ria sekarang... sebab aku perlu menyiapkan persiapan diri untuk ke sana... Walaupun kurang berkeyakinan, tapi aku tahu Allah sentiasa ada untuk aku... InsyaAllah, semua urusanku akan dipermudahkan... ameen... 

semoga Allah memberkati hidup kita di dunia & akhirat.... (^_^)