Thursday, January 13, 2011

bertambah baik....

berlari dgn riang ye sayang!!!
alhamdulillah.... rasanya kehidupan sekarang bertambah baik... bertambah senyuman terukir... walaupun aku sangat busy menyiapkan segala bagai tugasan yang diberikan pensyarah...

sebenarnya sangat seronok bila kita dalam keadaan sibuk... sebabnya tak ada la sangat nak layan perasaan... feeling2 ni... hilang semua perasaan sedih2 ni....

dan sepatutnya...
semua orang boleh hidup dalam keadaan gembira...
Don't be sad!!!!!
perjalanan hidup masih panjang, walaupun akan berakhir...
tapi selagi kita tak tahu bila ia akan berakhir, selagi itu kita perlu teruskan hidup dengan hati yang senang....
kan3... (^_^)

Sebab aku sentiasa pegang kata2 ini....
Allah sentiasa bersamaku... tak kira dalam keadaan apa sekalipun...

Thanks Allah... *syukur*

Wednesday, January 12, 2011

Berhenti mengharap... tapi bukan dari DIA

perasaan aku... hati aku... jiwa aku...
aku ingin nikmati keindahan dunia ni dengan gembira...
Allah... aku sentiasa perlukan-Mu untuk aku jadi insan kuat
dalam mengharungi hidup ini...

Aku ingin gembira kerana-Mu...
Aku ingin menangis kerana-Mu...
Aku ingin sihat kerana-Mu...
Aku ingin sakit kerana-Mu..
Aku ingin lakukan semua kerana-Mu...

Tuhan...
Berikan ku secebis kebahagiaan dalam mengharungi saki-baki hidup ini yang ku sendiri tidak pasti di mana hujungnya...

Tuesday, January 11, 2011

hati....

gambar dicuri dr fb org.. hehe...
Dalam hidup ini, setiap orang mencari kepuasan diri masing-masing. Sampai kadang-kadang ada individu yang sanggup ketepikan kepentingan orang lain. Dan sampai kadang-kadang tidak sedar telah melukai perasaan insan di sisi.

Mungkin sebab...
hidup ini hanya sementara. Jadi, semua orang mahu lakukan apa yang termampu dalam hidup ini selagi masih bernyawa.

Terfikir...
Adakah satu kepuasan bila dapat melakukan sesuatu yang memang ingin dilakukan hingga sanggup mengguris perasaan orang lain.

Entah la...
Mungkin aku sendiri yang cepat tersentuh.

Atau...
Orang lain tiada bermaksud apa-apa, tapi aku yang terlebih sensitif.

Aku selalu terfikir...
Jika dalm hidup ini kita boleh baca isi hati & perasaan orang di sekeliling kita, adakah kehidupan ini akan lebih mudah atau lebih rumit.....

Ah, banyak sangat persoalan yang aku fikirkan...
biar la...

tapi... kalau ditanya apa yang mahu aku lakukan...
aku sangat2 teringin nak tahu perasaan 'sebenar-benar' mereka yang akan mati....
pelik, tapi itulah yang aku rasa!

Saturday, January 8, 2011

rindu mak

rindu masakan mak...
rindu nak dengar nasihat mak...
rindu nak dengar mak membebel sebab bangun lambat... lambat2 solat...
rindu nak sembang2 dengan mak dalam bilik....
rindu nak duduk semeja makan dengan mak....
rindu nak cium tangan & pipi mak....
rindu nak solat jemaah dengan mak....
rindu segala-galanya pasal mak....
mak....
adik rindu mak.... rindu sangat2 kat mak....

Thursday, January 6, 2011

saya suka baca buku...

masa yang terluang patut diisi dengan sesuatu yang berfaedah... aku terfikir yang aku sangat kurang ikut program2 ilmiah... so, aku ambil alternatif untuk mengisi sesuatu yang bermanfaat dengan membaca...

dari kecil, aku memang sangat suka membaca... bahan bacaan aku pelbagai... tak terhad pada satu benda sahaja... aku suka baca buku, novel, jurnal, tesis, majalah, surat khabar, blog, laman web yang best2... semua aku baca... rasanya dalam 4 orang adik beradik aku, aku paling banyak koleksi buku dan tak ada siapa kat rumah tu yang dapat tandingi minat membaca aku ini....

sebenarnya nak cakap... tadi pergi book fair di DTC UM... terkilan rasa sebab tak boleh nak beli buku banyak2... sebab sekarang memang sangat miskin.. kalau tengah banyak duit, rasanya aku borong banyak2 buku kat sana.... tapi walaupun tak ada duit, sempat juga rembat 2 buah buku... okey la, dari tak beli langsung....

bulan 3 ni pun ada book fair... tapi tak dapat pergi... sebab masa tu ada kat china.....
hmmmm.....

dahulu tak pernah sama dengan sekarang

*indahnya ciptaan Dia*
terasa bersendirian...
rasa waktu yang berlalu langsung tak diisi dengan aktiviti yang berfaedah... sejak melangkah kaki ke varsiti ni langsung meninggalkan aktiviti2 yang ilmiah... contohnya, tadarus, usrah, tazkirah & sebagainya....

solat berjemaah pun boleh dikira dengan jari... apatah lagi turun ke surau untuk jemaah bersama2... itu pun kalau awal2 ramadhan ada la turun... tengah2 bulan puasa memang solat sendiri kat bilik.... hmmm....

menyingkap kembali memori di sekolah (sma & smka)
betapa bezanya perjalanan hidupku di sana & di sini....
betul la kata seorang ustazah di sekolah dulu ... "nanti bila dah masuk u, aktiviti usrah, tazkirah macam ni kena cari sendiri... kalau kat sekolah semua dah tersedia."

sekarang baru la percaya kata2 tu.... *sedih*
rasa macam lalai sangat sekarang....

tadi borak dengan kawan...
"Deeya buat apa esok?"
"Esok ada usrah."
termenung sejenak dan terfikir, lama sungguh aku tak ikut program usrah.... 

Rindu suasana di sekolah asrama dahulu....
teringat masa jadi naqibah untuk adik2... bagi tazkirah untuk adik2 form 1 dulu... *tersenyum sendiri*
yang masih ingat masa ceritakan kat diorang tentang suasana hari kiamat... kisah dajjal yang datang untuk menyesatkan umat Islam...
banyak soalan diorang.... sampai rasa tak terlayan.... (^_^)

oh, lupa pula... dulu, setiap pagi dan petang (lepas subuh & asar) wajib baca al-ma'thurat.... alahai, sungguh la beza dengan sekarang.... sekarang rasanya dah berminggu2 tak baca al-ma'thurat... (mungkin perlu diletakkan dalam senarai azam baru tahun ini untuk membaca al-ma'thurat setiap hari)

apatah lagi...
bangun tengah2 malam untuk lakukan qiamullail... hmmm....

cuma alhamdulillah...
lepas maghrib aku tak pernah tinggal baca al-Quran... walaupun sehari bacaanku tak berhelai2 seperti membaca novel.... tapi itu dikira okey juga la dari langsung aku tak buka dan baca al-Quran...
dan aku juga suka baca tafsir al-Quran (ini aku mewarisi sifat mak yang suka baca tafsir)... alhamdulillah... syukur... sekurang2nya ada juga pengisian.... (^_^)

bukankah wujudnya kata2 seperti ini...
"semoga esok adalah lebih baik dari hari ini dan yang lepas"

tapi kata2 seperti ini macam sangat susah nak dipraktikkan... kenapa ya??? mungkin kurangnya penghayatan bila melakukan sesuatu perkara....

dan...
mungkin juga dengan sebab aku kurangnya ambil perhatian sebegini menyebabkan aku rasa lemah sangat bila diuji... sepertinya aku langsung jadi manusia yang tak pandai nak kawal diri bila diuji....

Allah....
banyaknya perkara yang perlu aku perbaiki diri ini....

Tuesday, January 4, 2011

hari terakhir

apa ya perasaan orang yang bakal mati di ketika ini???
sedang mengenang nasib , redha, sedih, gembira atau apa sahaja perasaan lain...

"kamu ada masa hanya 6 bulan untuk hidup di dunia ini...."
situasi yang sangat berbeza dengan mereka yang  mati kerana kemalangan atau kejadian alam yang lain....

tapi...
bukankah mati itu satu kepastian??? Kenapa kita tidak menyiapkan diri dari sekarang???
Lambat atau cepat, kita semua akan hadapi... dunia ini hanya sementara... dan untuk tempoh sementara ini kita perlu mencari bekalan untuk ditimbangkan di sana...

andai aku bertanya semua orang di ketika ini... "sanggup mati tak esok???"
aku yakin, aku tak akan bertemu dengan orang yang memberi jawapan dengan amat yakin sekali "aku sanggup!!!" jika wujud sekalipun, aku pasti dia adalah dalam kalangan insan yang sudah kecewa dengan hidupnya...

aku sendiri tak sanggup...
betapa aku banyak dosa yang perlu dihapuskan sebelum aku menghadap Pencipta Yang Maha Esa...
betapa aku hina kerna telah banyak mengabaikan tanggungjawab aku pada Dia...
betapa aku rasa amalan aku terlalu ringan untuk ditimbangkan....
betapa aku tidak bersedia.... sampai bila2 aku tak rasa aku akan bersedia....

tapi.. siapa aku untuk melawan takdir yang telah ditetapkan???
mungkin insan yang akan hidup selama  6 bulan ini adalah manusia yang beruntung...
ya, sebab jarang ada manusia yang akan tahu bila ajalnya akan tiba...
berbanding dengan mereka yang mati sebab kemalangan...
langsung tidak diberi peluang untuk menambah amalan atau bertaubat menyesali dosa2 lalu....

Allah...
tetapkan kami dalam kalangan insan2 yang beriman di sana... ameen....