bismillah....
mungkin ini post yg terakhir sebelum aku berangkat ke china...
katanya di China, blog, facebook dan YM akan disekat....
haisy....
semoga urusanku dipermudahkan di sana....
tapi mungkin buat masa ini aku tidak kisah untuk hidup susah...
ia merupakan satu pengalaman yg menarik untuk aku....
walau apa pun, aku agak tidak sabar untuk menjejakkan kaki sana....
China....... I'm coming!!!!!!!!!!!!!
Bismillah...
Monday, February 28, 2011
Tuesday, February 15, 2011
bila Allah tarik nikmat sihat....
ketika aku sedang menaip bait-bait kata di sini... kepalaku sakit seperti mahu pecah.... kalau ikut otak yang kurang waras, rasanya sudah lama ku hentak-hentakkan kepala ini di dinding.. mujur aku masih waras... bila migrain menyerang, baru lah terasa nikmatnya hidup sihat....
Allah....
Allah....
Monday, February 7, 2011
ketidakpastian
Bismillah.........
Tiba-tiba aku rajin ingin mencoretkan sesuatu di sini. Mungkin tadi bila my adik tanya "akak tengah update blog eh?" aku jadi rindu untuk menulis sesuatu di sini... Terus aku datang melawat ke sini.
Kenapa ye sekarang ini banyak perkara yang berubah dalam hidup aku. Kalau dulu, aku sangat suka berkongsi kisah hidup aku di blog. Pernah aku katakan di blog lama aku dahulu, sebab utama aku menulis di blog adalah aku mahu menyimpan sejarah hidup aku untuk dikongsi bersama bakal anak-anak aku yang akan datang. Bunyi macam kelakar, tapi itu lah hakikatnya. Tapi sekarang banyak perkara yang berlalu begitu sahaja tanpa aku sudi untuk berkongsi di sini.
Aku tak pasti sama ada aku sedang berpura-pura di sini. Mencatat sesuatu tentang diri sendiri. Beza sungguh sifat aku sampaikan kadang-kadang aku sendiri keliru hakikat sebenar watak aku di dunia. Beza antara 'Bismillah' dan 'Bukan Puteri Lindungan Bulan'... Beza antara 'Cik Tulip II @ Addin Shah' dan 'Cik Tulip Lindungan Bulan'....
Entah la... aku malas mahu fikir... biar aku jalani hidup ini dengan terus memandang ke hadapan. Letih rasanya mahu dikenang benda yang lepas... Hebat benar ujian yang aku hadapi kali ini sampai berubah drastik sebegini? Yup, ujian kali ini terlalu berat. Tapi aku sudah boleh bangun kembali. Bangun untuk jalani hidup dengan lebih bermotivasi. Insyaallah...
Hai, kalau difikirkan semula, apa lah sangat ujian yang Allah turunkan untuk aku berbanding insan lain yang lebih hebat ujian mereka. Itu pun aku sudah mengeluh, menangis berhari-hari, menjadi seorang pemurung... Aku akui, aku insan yang sangat lemah. Lemah sekali bila diuji.
haisy.....
mari jalani hidup dengan bahagia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sebenarnya aku mahu tulis tentang lain, tapi benda lain pula yang dikarang... hmmmm....
Thursday, January 13, 2011
bertambah baik....
![]() |
berlari dgn riang ye sayang!!! |
sebenarnya sangat seronok bila kita dalam keadaan sibuk... sebabnya tak ada la sangat nak layan perasaan... feeling2 ni... hilang semua perasaan sedih2 ni....
dan sepatutnya...
semua orang boleh hidup dalam keadaan gembira...
Don't be sad!!!!!
perjalanan hidup masih panjang, walaupun akan berakhir...
tapi selagi kita tak tahu bila ia akan berakhir, selagi itu kita perlu teruskan hidup dengan hati yang senang....
kan3... (^_^)
Sebab aku sentiasa pegang kata2 ini....
Allah sentiasa bersamaku... tak kira dalam keadaan apa sekalipun...
Wednesday, January 12, 2011
Berhenti mengharap... tapi bukan dari DIA
perasaan aku... hati aku... jiwa aku...
aku ingin nikmati keindahan dunia ni dengan gembira...
Allah... aku sentiasa perlukan-Mu untuk aku jadi insan kuat
dalam mengharungi hidup ini...
Aku ingin gembira kerana-Mu...
Aku ingin menangis kerana-Mu...
Aku ingin sihat kerana-Mu...
Aku ingin sakit kerana-Mu..
Aku ingin lakukan semua kerana-Mu...
Tuhan...
Berikan ku secebis kebahagiaan dalam mengharungi saki-baki hidup ini yang ku sendiri tidak pasti di mana hujungnya...
aku ingin nikmati keindahan dunia ni dengan gembira...
Allah... aku sentiasa perlukan-Mu untuk aku jadi insan kuat
dalam mengharungi hidup ini...
Aku ingin gembira kerana-Mu...
Aku ingin menangis kerana-Mu...
Aku ingin sihat kerana-Mu...
Aku ingin sakit kerana-Mu..
Aku ingin lakukan semua kerana-Mu...
Tuhan...
Berikan ku secebis kebahagiaan dalam mengharungi saki-baki hidup ini yang ku sendiri tidak pasti di mana hujungnya...
Tuesday, January 11, 2011
hati....
![]() | |
gambar dicuri dr fb org.. hehe... |
Mungkin sebab...
hidup ini hanya sementara. Jadi, semua orang mahu lakukan apa yang termampu dalam hidup ini selagi masih bernyawa.
Terfikir...
Adakah satu kepuasan bila dapat melakukan sesuatu yang memang ingin dilakukan hingga sanggup mengguris perasaan orang lain.
Entah la...
Mungkin aku sendiri yang cepat tersentuh.
Atau...
Orang lain tiada bermaksud apa-apa, tapi aku yang terlebih sensitif.
Aku selalu terfikir...
Jika dalm hidup ini kita boleh baca isi hati & perasaan orang di sekeliling kita, adakah kehidupan ini akan lebih mudah atau lebih rumit.....
Ah, banyak sangat persoalan yang aku fikirkan...
biar la...
tapi... kalau ditanya apa yang mahu aku lakukan...
aku sangat2 teringin nak tahu perasaan 'sebenar-benar' mereka yang akan mati....
pelik, tapi itulah yang aku rasa!
Saturday, January 8, 2011
rindu mak
rindu masakan mak...
rindu nak dengar nasihat mak...
rindu nak dengar mak membebel sebab bangun lambat... lambat2 solat...
rindu nak sembang2 dengan mak dalam bilik....
rindu nak duduk semeja makan dengan mak....
rindu nak cium tangan & pipi mak....
rindu nak solat jemaah dengan mak....
rindu segala-galanya pasal mak....
mak....
adik rindu mak.... rindu sangat2 kat mak....
rindu nak dengar nasihat mak...
rindu nak dengar mak membebel sebab bangun lambat... lambat2 solat...
rindu nak sembang2 dengan mak dalam bilik....
rindu nak duduk semeja makan dengan mak....
rindu nak cium tangan & pipi mak....
rindu nak solat jemaah dengan mak....
rindu segala-galanya pasal mak....
mak....
adik rindu mak.... rindu sangat2 kat mak....
Subscribe to:
Posts (Atom)